Tuesday, 30 October 2012

(4) Insomnia..

Salam,

Saja nak bercerita ni, terasa rajin sangat..

Sabtu minggu lepas, saya berada di Bangi untuk membantu rakan untuk memakai pakaian seperti baju kurung, jubah (sangat lah cantik!), tudung-tudung (di mana saya telah membeli sehelai yang berwarna 'pink', serius tak tahan asyik pakai untuk bergambar.. end up saya beli juga sebab cantik) Hahaha.

p/s: Telah 'reserve' satu pasang baju kurung yang sangat cantik!! Argghh dok pakai dan tengok gambar cantik saya pun suruh Sue simpan sebab nanti ada duit nak beli.... :p

Itu adalah kali pertama saya berposing dan menjadi 'model' untuk pakaian muslimah, jubah dan sebagainya.. Memang amat seronok.. Itu juga adalah salah satu angan-angan konon nak jadi model.. Haaa tengok itu, angan-angan kena ada, satu hari mesti ada peluang!  Terima kasih tidak terhingga kepada Sue Yusoff, ibunya yang memiliki kedai 'SEATIVE CREATIVE' telah menggunakan muka dan ekspresi saya yang tidak seberapa model lah sebenarnya... Tapi hanya itu yang mampu saya berikan.. Senyuman manis :p (Itu Sue yang cakap okay...)

Secara jujurnya, badan ini bukanlah kurus seperti model-model di majalah tetapi Alhamdullilah saya amat bersyukur diberi tubuh badan yang sihat walafiat.. Ameen.. Saya harap Sue dan pihak SEATIVE CREATIVE berpuas hati dengan apa yang saya 'deliver' kerana yang penting adalah menyampaikan perincian baju-baju tersebut dan saya hanya sekadar membantu seorang rakan yang amat baik, Alhamdullilah.. Seronok sangat bila dapat bertemu dengan Sue yang sudah lama tidak berbual bersama. Satu hari bersamanya pada hari Sabtu lepas amat seronok. Ketawa, makan McDonald, 'catching up session' dan simply being a friend :)

http://www.facebook.com/pages/Seatea-Creative/340726359295147?fref=ts untuk maklumat selanjutnya dan lebih banyak gambar baju-baju mereka yang memang cantik dan menawan untuk ke majlis makan-makan, majlis kahwin dan bermacam-macam lagi! Trust me, you'll be surprised on what they have!

Nota: Lagipun, SEATIVE CREATIVE juga ada mengadakan kelas menjahit bagi sesi 2012/ 2013, bagus bukan? Kalau saya ada masa yang lebih, semestinya saya ingin belajar menjahit.. Bukan mahal pun, murah je!   Berbaloi sangat masa dan wang yang digunakan daripada beli baju pi Kuala Lumpur tengah malam... 

Ini adalah gambar-gambar yang diambil oleh Sue sendiri. Cantik bukan baju-baju SEATIVE CREATIVE!  'LIKE' page di Facebook untuk lihat yang selebihnya! :)







Okay itu je yang boleh diupload, tak adil sebab korang kena like page SEATIVE CREATIVE di Facebook dahulu untuk baju-baju yang lain!

Akhir sekali, ini muka sebenar...

Terima Kasih Kepada Sue, kawan yang saya tidak berapa rapat semasa di kolej tetapi bila jumpa, jadi gila... Hehe bye! 

Terima Kasih, Assalamualaikum..
Saya cuma membantu..
31/10/2012 > 3: 57 AM


(3) Do Something Good

Salam,

Hujan.. Hujan yang amat lebat sebentar tadi.. Sungguh sejuk dan muncul  lah fikiran yang berbunyi impian.. Tapi hari ni tak nak susahkan kepala ni jadi kita takde nak muka 'blur' tu..

Baiklah, di sini saya ingin memberitahu tentang  peranana seorang anak muda yang minat untuk meluangkan masa menjadi sukarelawan di badan-badan kebajikan yang ada di Malaysia.. Kalau anda tahu, begitu banyak kerja sukarelawan yang ada di Malaysia..

Ada
a) http://www.putnumber.com/2008/11/list-of-non-governmental-organisations.html#.UI-QQm_MiSo
b) http://www.kpwkm.gov.my/senada/senarai-ngo

 dan banyak je lagi.. Anda cuma kena rajin mencari..

Sila baca artikel ini http://www.nst.com.my/streets/central/chance-to-do-something-good-1.95936

Do Good Something atau http://beta.dosomething.gd/ adalah satu web portal yang memberi peluang kepada badan-badan kebajikan secara langsung atau tidak langsung untuk mencari sukarelawan yang berminat untuk  meluangkan masa bersama orang yang lebih memerlukan.. Badan kebajikan seperti Youth of Hope Malaysia - http://beta.dosomething.gd/members/Ezzah/ juga telah menggunakan web portal ini untuk mencari sukarelawan bagi acara mereka.

Minggu lepas, saya ada terlihat tentang Do Something Good mencari 'student ambassador' bagi web portal mereka. Saya fikir tiada salah untuk saya mencuba apatah lagi seringkali menggunakan web ini untuk kegunaan Youth Of Hope Malaysia..

Dan Alhamdullilah, saya terpilih menjadi salah satu 'student ambassador' mereka di mana peranan tersebut adalah untuk menjadi muka bagi web portal tersebut dan mengendalikan beberapa aktiviti bersama pihak mereka.. I'm pretty sure its going to be a great experience..

Saya suka mencuba banyak benda.. Walau benda itu tidak terjadi atau satu kegagalan, asalkan kita tahu bahawa kita sudah mencuba sebaik mungkin..

Ingat, orang muda adalah generasi masa depan.. Jadi gunalah sebaik mungkin peranan yang ada dibahu untuk kegunaan yang terbaik.. Untuk kita sendiri terutamanya dan juga our future gens.. We've got to put a great example for our kids! :)


Terima Kasih, Assalamualaikum..
Saya ingin mencuba..
30/10/2012 > 4:52 PM

Monday, 29 October 2012

(2) Impian..

Salam,

Hari yang baru lepas adalah hari Isnin.. Hari yang amat sibuk kerana ia adalah permulaan bagi minggu akhir di bulan Oktober.. Ada yang seronok tak sabar gaji masuk, ada yang hampa sebab Murni dan Santai tutup pada hari Isnin... Nak makan ABC best pada hari Isnin tidak akan berlaku nampaknya.. 

Baiklah saya tidak akan merapu melainkan memang niat itu ada sebelum ingin menaip pos kedua ini.. Jadi bulan Oktober hampir berakhir.. Sungguh cepat bukan? Betul, baru semalam saya rasa #CharityGarageSale kami berlangsung dan masih rasa keriangan, kepenatan dan yang terutamanya kedatangan anak-anak Rumah Penyayang Nur Iman yang semestinya telah mendapat tempat di hati kalian yang sudi memberi semangat pada hari tersebut.. Masih segar di ingatan apabila mereka membuat persembahan dengan Rahman bermain gitar (Hebat betul budak-budak ini, mana belajar pun tak tahu..) dengan yang lain berdiri sambil menyanyikan lagu mereka... Ada kelainan apabila mereka menyanyikan lagu itu, saya cukup terasa dengan sokongan dan bimbingan yang mereka perlukan.. Jaja, rakan saya menangis apabila mereka mulai menyanyi.. Dia terus menyapa saya dan sekaligus keduanya serentak keluar ke ruang depan untuk menyorok muka kami yang tidak berapa nak elok jika dilihat oleh orang ramai.. 

Memang sah la saya pun nangis sebab Jaja mula dulu... Saya ni dahla cepat rasa sensitif terutama sekali dengan anak-anak ni semua.. Depa nyanyi sedap sangat.. Tak ku sangka mereka hebat dalam mengalunkan melodi sebegitu indah dan tenang.. Bila fikir balik, seronoknya jikalau kami mampu beri lebih dari itu..

Bagi saya, setiap manusia mempunyai impian masing-masing.. Tidak kisah jika ia impian yang besar, kecil atau 'impossible' untuk dicapai kerana segalanya tiada yang mustahil.. Tiada jika kita meletakkan hasrat keikhlasan hati dan nawaitu masing-masing dengan sepenuh jiwa dan raga.. InsyaALLAH.. 

Saya sering termenung jenuh ke luar tingkap rumah, tingkap kereta atau tingkap mana-mana pun jadi.. Seringkali mempunyai muka yang 'blur' pada waktu-waktu hujan dan minda kosong dari segala masalah.. Pada saat itulah, impian yang berbuak-buak ingin dilakar di atas kertas muncul.. Tapi tahulah saya, memang tidak akan melukis.. Tak sanggup daku mahu melihat 'outcome' nya.. sah-sah hodoh.. :( Jadi dari situlah saya mendapat tahu dari mana saya mendapat penyakit pening kepala masa hujan ni.. Sebab banyak sangat fikir.. Aduh.. Pelik betul aku ni kadang-kadang..

Okay, dalam banyak-banyak impian, salah satu daripadanya adalah untuk membuka Youth Of Hope Malaysia Organization di mana kami melakukan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak yang tidak berapa bertuah jika mahu dibandingkan dengan kita semua.. Bukan kanak-kanak sahaja yang mendapat hati kami, orang-orang tua, 'down syndrome', Orang Asli, Refugees dan golongan yang memerlukan jika dikata sebegitu.. Jika mahu ditulis di sini tentang segala idea dan rancangan yang telah disimpul di dalam kepala otak saya ketika saat sebegitu mungkin susah kerana ia terlampau melebihi had tampung.. Tak muat nak tulis sini maksudnya...

Hmmmm seronok sangat bila berimpian sebegitu, kerana ia menunjukkan kita ini manusia normal.. yang -seringkali mempunyai angan-angan.. Nak jadi pengacara rancangan 'Trips For Better Education' - Orphanages Houses < tengok, siap ada title saya kasi....  Amboi, bukan main angan-angan kan... Takpe, tak salah disisi undang-undang.. ;) 

Masa zaman sekolah rendah, impian saya nak jadi cikgu. CIKGU. haha comel sangat... Sebab mak saya pun cikgu sekolah jadi kita pun nak jadi macam dia.. Ikutilah contoh yang terbaik orang kata... Tapi masa zaman sekolah menengah lain ceritanya.. Nak jadi cikgu juga tapi cikgu English.. haaaa lagi hebat la kiranya..  Sebab konon masa tu English kita dah power sangat la yang nak ajar budak lain.. Hahaha zaman-zaman paling best... Free and chill la sangat.. PMR, SPM apa ceritanya wahai adikku?........

Okay berbalik kepada IMPIAN... Jadi di sini saya cuma ingin memberitahu bahawa berangan lah kerana insyaALLAH dengan izin-Nya, ketekunan, usaha, ikhlas dan masa yang dicuri untuk berdoa kepada Allah SWT walau seminit mungkin akan terjadi... Jangan sesekali putus asa... 

Kerana saya hampir putus asa ketika mengendalikan acara pertama kami.. Tetapi dengan bantuan rakan-rakan yang seringkali menaikkan semangat dan keyakinan bahawa : 

                                                'I Can Do It, You're Already Half Way!'
 
Terus saya bangkit dan mula lari ke garisan penamat... Alhamdullilah.. Semuanya berlaku dengan lancar dan meriah... Terima Kasih Allah..


Surah Al-Ankabut - Ayat 69

'Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya'


Terima Kasih, Assalamualaikum.
Saya bersyukur...
30/10/2012 > 3:30 AM

Sunday, 28 October 2012

(1) 'Electronic Diary'

Salam,

              Dari dulu lagi saya teringin nak ada buku yang berjudul 'diariku'.. Tapi dengan masa yang amat mencemburui, saya tidak pernah dapat menyimpan diari itu untuk masa yang lama.. Paling lama ialah selama 3 bulan? Ya, sekejap sahaja saya mampu tulis..  Salah satu sebab mungkin saya tak berapa nak suka tengok tulisan saya yang tak berapa cantik tu.. Selain dari itu, saya memang malas nak tulis panjang-panjang sebab selalu dulu banyak sangat yang berlaku dan kalau mampu, semua saya nak tulis.. memang tak la kan..

             Sebelum itu, beri saya laluan untuk memperkenalkan hamba Allah yang telah diberi nama Awatif Ezzah bt Abd Rahim.. Berumur 22 tahun dan masih menuntut di SEGi University, Kota Damansara, Selangor. Mengambil jurusan 'Business major in General Marketing' selama 2 tahun. InsyaALLAH tamat pengajian pada akhir tahun ini... Amin, doakan supaya semunya baik sahaja.. Di sini, selain sibuk mentelaah, saya masih aktif di dalam bidang sukan.. Sukan Dodgeball adalah sukan yang baru, kurang mendapat sambutan pada awalnya.. Namun kebelakangan ini, dodgeball mendapat tempat di hati pelajar IPTS kebanyakkannya.. Terdapat banyak pertandingan yang telah diadakan sepanjang tahun-tahun yang lepas.. SEGi Universiti adalah IPTS yang pertama memenangi pertandingan dodgeball.. Saya melibatkan diri dalam sukan ini pada tahun keduanya dan juga telah memenangi pertandingan tersebut yang telah diadakan di The Curve, Cineleisure pada tahun 2009.. (banyak pula nak cakap pasal ini..)

            Kehadiran blog ini di laman sesawang adalah terutamanya untuk bacaan saya sendiri, rakan-rakan dan keluarga. Kenapa? Blog ini adalah untuk saya memperbaiki bahasa ibunda saya (mother tongue) dan juga untuk menyebarkan aktiviti-aktiviti yang seronok boleh semua buat untuk kanak-kanak yang tidak berapa bertuah seperti kalian semua.. Salah satu aktiviti yang saya aktif adalah dalam kebajikan untuk kanak-kanak yatim, yatim piatu atau mangsa penceraian/penderaan dan lain-lain.. Youth Of Hope Malaysia dimulai dengan idea dua sukarelawan yang sering mengunjungi rumah-rumah anak yatim dan menghantar sumbangan kecil yang mampu kami beri.. Selepas acara utama kami berlangsung dengan meriah dan Alhamdullilah dengan bantuan ramai pihak, kami berjaya mendapat sumbangan hingga RM1,500.. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang terlibat dalam acara #charitygaragesale pada 13 dan 14 Oktober 2012 di Bangunan BAKTI Siti Hasmah TTDI.
         
               Blog English saya - youthofhopemy.wordpress.com adalah blog terutama untuk aktiviti-aktiviti yang dikendalikan oleh Youth Of Hope Malaysia.

               Itu sahaja buat malam ini, terpaksa sambung 'assignment' saya yang telah tergendala buat masa yang lama.. Saya mengaku diri yang lemah ini adalah individu yang suka 'last minute work'..

               Terima kasih, Assalamualaikum..
               Saya lapar..
               29/10/2012 > 2:13 AM