Monday, 29 October 2012

(2) Impian..

Salam,

Hari yang baru lepas adalah hari Isnin.. Hari yang amat sibuk kerana ia adalah permulaan bagi minggu akhir di bulan Oktober.. Ada yang seronok tak sabar gaji masuk, ada yang hampa sebab Murni dan Santai tutup pada hari Isnin... Nak makan ABC best pada hari Isnin tidak akan berlaku nampaknya.. 

Baiklah saya tidak akan merapu melainkan memang niat itu ada sebelum ingin menaip pos kedua ini.. Jadi bulan Oktober hampir berakhir.. Sungguh cepat bukan? Betul, baru semalam saya rasa #CharityGarageSale kami berlangsung dan masih rasa keriangan, kepenatan dan yang terutamanya kedatangan anak-anak Rumah Penyayang Nur Iman yang semestinya telah mendapat tempat di hati kalian yang sudi memberi semangat pada hari tersebut.. Masih segar di ingatan apabila mereka membuat persembahan dengan Rahman bermain gitar (Hebat betul budak-budak ini, mana belajar pun tak tahu..) dengan yang lain berdiri sambil menyanyikan lagu mereka... Ada kelainan apabila mereka menyanyikan lagu itu, saya cukup terasa dengan sokongan dan bimbingan yang mereka perlukan.. Jaja, rakan saya menangis apabila mereka mulai menyanyi.. Dia terus menyapa saya dan sekaligus keduanya serentak keluar ke ruang depan untuk menyorok muka kami yang tidak berapa nak elok jika dilihat oleh orang ramai.. 

Memang sah la saya pun nangis sebab Jaja mula dulu... Saya ni dahla cepat rasa sensitif terutama sekali dengan anak-anak ni semua.. Depa nyanyi sedap sangat.. Tak ku sangka mereka hebat dalam mengalunkan melodi sebegitu indah dan tenang.. Bila fikir balik, seronoknya jikalau kami mampu beri lebih dari itu..

Bagi saya, setiap manusia mempunyai impian masing-masing.. Tidak kisah jika ia impian yang besar, kecil atau 'impossible' untuk dicapai kerana segalanya tiada yang mustahil.. Tiada jika kita meletakkan hasrat keikhlasan hati dan nawaitu masing-masing dengan sepenuh jiwa dan raga.. InsyaALLAH.. 

Saya sering termenung jenuh ke luar tingkap rumah, tingkap kereta atau tingkap mana-mana pun jadi.. Seringkali mempunyai muka yang 'blur' pada waktu-waktu hujan dan minda kosong dari segala masalah.. Pada saat itulah, impian yang berbuak-buak ingin dilakar di atas kertas muncul.. Tapi tahulah saya, memang tidak akan melukis.. Tak sanggup daku mahu melihat 'outcome' nya.. sah-sah hodoh.. :( Jadi dari situlah saya mendapat tahu dari mana saya mendapat penyakit pening kepala masa hujan ni.. Sebab banyak sangat fikir.. Aduh.. Pelik betul aku ni kadang-kadang..

Okay, dalam banyak-banyak impian, salah satu daripadanya adalah untuk membuka Youth Of Hope Malaysia Organization di mana kami melakukan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak yang tidak berapa bertuah jika mahu dibandingkan dengan kita semua.. Bukan kanak-kanak sahaja yang mendapat hati kami, orang-orang tua, 'down syndrome', Orang Asli, Refugees dan golongan yang memerlukan jika dikata sebegitu.. Jika mahu ditulis di sini tentang segala idea dan rancangan yang telah disimpul di dalam kepala otak saya ketika saat sebegitu mungkin susah kerana ia terlampau melebihi had tampung.. Tak muat nak tulis sini maksudnya...

Hmmmm seronok sangat bila berimpian sebegitu, kerana ia menunjukkan kita ini manusia normal.. yang -seringkali mempunyai angan-angan.. Nak jadi pengacara rancangan 'Trips For Better Education' - Orphanages Houses < tengok, siap ada title saya kasi....  Amboi, bukan main angan-angan kan... Takpe, tak salah disisi undang-undang.. ;) 

Masa zaman sekolah rendah, impian saya nak jadi cikgu. CIKGU. haha comel sangat... Sebab mak saya pun cikgu sekolah jadi kita pun nak jadi macam dia.. Ikutilah contoh yang terbaik orang kata... Tapi masa zaman sekolah menengah lain ceritanya.. Nak jadi cikgu juga tapi cikgu English.. haaaa lagi hebat la kiranya..  Sebab konon masa tu English kita dah power sangat la yang nak ajar budak lain.. Hahaha zaman-zaman paling best... Free and chill la sangat.. PMR, SPM apa ceritanya wahai adikku?........

Okay berbalik kepada IMPIAN... Jadi di sini saya cuma ingin memberitahu bahawa berangan lah kerana insyaALLAH dengan izin-Nya, ketekunan, usaha, ikhlas dan masa yang dicuri untuk berdoa kepada Allah SWT walau seminit mungkin akan terjadi... Jangan sesekali putus asa... 

Kerana saya hampir putus asa ketika mengendalikan acara pertama kami.. Tetapi dengan bantuan rakan-rakan yang seringkali menaikkan semangat dan keyakinan bahawa : 

                                                'I Can Do It, You're Already Half Way!'
 
Terus saya bangkit dan mula lari ke garisan penamat... Alhamdullilah.. Semuanya berlaku dengan lancar dan meriah... Terima Kasih Allah..


Surah Al-Ankabut - Ayat 69

'Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya'


Terima Kasih, Assalamualaikum.
Saya bersyukur...
30/10/2012 > 3:30 AM

No comments:

Post a Comment