Salam,
Dari dulu lagi saya teringin nak ada buku yang berjudul 'diariku'.. Tapi dengan masa yang amat mencemburui, saya tidak pernah dapat menyimpan diari itu untuk masa yang lama.. Paling lama ialah selama 3 bulan? Ya, sekejap sahaja saya mampu tulis.. Salah satu sebab mungkin saya tak berapa nak suka tengok tulisan saya yang tak berapa cantik tu.. Selain dari itu, saya memang malas nak tulis panjang-panjang sebab selalu dulu banyak sangat yang berlaku dan kalau mampu, semua saya nak tulis.. memang tak la kan..
Sebelum itu, beri saya laluan untuk memperkenalkan hamba Allah yang telah diberi nama Awatif Ezzah bt Abd Rahim.. Berumur 22 tahun dan masih menuntut di SEGi University, Kota Damansara, Selangor. Mengambil jurusan 'Business major in General Marketing' selama 2 tahun. InsyaALLAH tamat pengajian pada akhir tahun ini... Amin, doakan supaya semunya baik sahaja.. Di sini, selain sibuk mentelaah, saya masih aktif di dalam bidang sukan.. Sukan Dodgeball adalah sukan yang baru, kurang mendapat sambutan pada awalnya.. Namun kebelakangan ini, dodgeball mendapat tempat di hati pelajar IPTS kebanyakkannya.. Terdapat banyak pertandingan yang telah diadakan sepanjang tahun-tahun yang lepas.. SEGi Universiti adalah IPTS yang pertama memenangi pertandingan dodgeball.. Saya melibatkan diri dalam sukan ini pada tahun keduanya dan juga telah memenangi pertandingan tersebut yang telah diadakan di The Curve, Cineleisure pada tahun 2009.. (banyak pula nak cakap pasal ini..)
Kehadiran blog ini di laman sesawang adalah terutamanya untuk bacaan saya sendiri, rakan-rakan dan keluarga. Kenapa? Blog ini adalah untuk saya memperbaiki bahasa ibunda saya (mother tongue) dan juga untuk menyebarkan aktiviti-aktiviti yang seronok boleh semua buat untuk kanak-kanak yang tidak berapa bertuah seperti kalian semua.. Salah satu aktiviti yang saya aktif adalah dalam kebajikan untuk kanak-kanak yatim, yatim piatu atau mangsa penceraian/penderaan dan lain-lain.. Youth Of Hope Malaysia dimulai dengan idea dua sukarelawan yang sering mengunjungi rumah-rumah anak yatim dan menghantar sumbangan kecil yang mampu kami beri.. Selepas acara utama kami berlangsung dengan meriah dan Alhamdullilah dengan bantuan ramai pihak, kami berjaya mendapat sumbangan hingga RM1,500.. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang terlibat dalam acara #charitygaragesale pada 13 dan 14 Oktober 2012 di Bangunan BAKTI Siti Hasmah TTDI.
Blog English saya - youthofhopemy.wordpress.com adalah blog terutama untuk aktiviti-aktiviti yang dikendalikan oleh Youth Of Hope Malaysia.
Itu sahaja buat malam ini, terpaksa sambung 'assignment' saya yang telah tergendala buat masa yang lama.. Saya mengaku diri yang lemah ini adalah individu yang suka 'last minute work'..
Terima kasih, Assalamualaikum..
Saya lapar..
29/10/2012 > 2:13 AM
No comments:
Post a Comment