Alhamdullilah latihan dodgeball hari ini di UCSI sempat ku tempuhi...
Dah 2 minggu ponteng..
Okay, di sini saya cuma nak beritahu yang TEDx adalah satu 'independent organize event' di mana individu-individu yang telah memberi sumbangan kepada masyarakat tidak kira dari segi seni, muzik, teater, pengajian, anak yatim, atau yang lain-lain berada di satu tempat untuk meluahkan pandangan masing-masing di samping memberi ilmu dan pengalaman mereka yang penuh dengan suka dan duka..
Tahun ini, TEDx dikenali lagi sebagai TEDxMerdekaSquare mempunyai panelis yang hebat-hebat belaka..Sila lah lihat ini http://tedxmerdekasquare.com/speakers/ untuk maklumat selanjutnya tentang mereka.. Budak 7 tahun pun boleh menjadi salah satu panelis.. 'I was thinking how much she have done when she's only 7 years old??' I give my highest respect to her, Wan Yasmin Khallilah.. What a wonderful little girl, Allah bless you my dear..
Jadi kesimpulannya, masa hari Isnin malam ni, mari la ramai-ramai pi dengar dan jumpa dengan individu-individu yang telah banyak menyumbang kepada masyarakat kita.. Ramai di antara kita yang mengendahkan benda-benda remeh macam ni.. Tapi, truth to be told, tak ke seronok dengar apa yang mereka telah lakukan dan kita juga ada peluang untuk memberi idea dan cadangan kepada mereka, InsyaAllah..
Ia tak mengambil masa yang lama pun, hanya 3 jam, dipenuhi dengan orang ramai (mungkin dapat jumpa rakan taulan baru di sini ) yang sudi menolong masyarakat yang lebih memerlukan.. Lepas tu nak lepak KLCC ke, NZ ke, pi lah, dah dekat dah tu..
TEKAN INI http://tedxmerdekasquare.com/ UNTUK MAKLUMAT SELEBIHNYA TENTANG 'APA SEBENARNYA NIII??' DAN JUGA UNTUK REGISTER!
DATE : November 5th 2012
TIME : 8:00 PM - 11:30 PM
VENUE: KL Convention Center
FEE: RM 35
Mai la ramai-ramai sokong dan mendapat idea-idea untuk menolong semampu yang kita boleh, InsyaAllah..
Oh oh lupa! Haaaaa tidak lupa kepada 'performance' pada hari tersebut.. Teka lah....
PROJEK DISKO BALDI YO!! &
SHEENADIN!! (YAYYYY!!) <333333
Apa lagi, register guys!
Terima Kasih, Assalamualaikum
Saya tak sabar!
02/11/2012 > 1:55 AM
No comments:
Post a Comment